KARNIVAL SUKANEKA / SUKANTARA SK IJOK 2023


Pada 8-9 Febuari 2023 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Ijok telah mengadakan karnival sukaneka dan sukantara sekolah. Karnival ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 7.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu menghias astaka, menyusun kerusi dan menyediakan padang. Bendera rumah sukan dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca sangat baik. Pada pukul 7.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. 

Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Pada hari pertama, semua hadirin mengikuti senamrobik terlebih dahulu sebelum acara bola sepak dipertandingkan. Acara bola sepak berlangsung dan tamat pada jam 1200 tengahari. Riuh sungguh sorakan semua penonton.

Senaman pagi hari pertama
Bola sepak Tahap 1
Tak tahan tengok anak tercegat ja, mak murid pun masuk padang..😆

Kiri kanan, mencari gol
Bola sepak tahap 2

Di samping acara sukan, pihak sekolah membuat jualan makanan dan minuman untuk mengisi tabung PIBG sekolah. Pihak sekolah juga dibantu oleh beberapa orang ibu bapa menyediakan masakan panas seperti sayap ayam, sosej dan bebola ikan.

Ada masak-masak juga.

Pada hari kedua karnival disambung dengan acara senaman ringan, larian 60 meter, 80 meter dan lari berganti-ganti.

Senaman ringan.
Acara larian pra sekolah.
Acara larian Tahap 1.


Acara larian Tahap 2

Selepas waktu rehat, acara sukaneka dipertandingkan seperti isi air dalam botol, tiup belon, bawa bola ping pong, ketuk paku, guling tayar dan tarik tali. Terdapat acara yang turut melibatkan ibu,bapa dan penjaga.

Isi air dalam botol.

Bawa bola pingpong

Tiup belon.
Punyala susah belon nak percah sampai menangis murid-murid.🤣🤣🤣

1,2,3 ketuk.
Acara ketuk paku pada kayu.

Acara golek tayar.

Acara tarik tali.




Antara acara-acara melibatkan ibu bapa dan penjaga.



Kira-kira pukul 12.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Cikgu Tonny kepada para pemenang pula dijalankan. Pasukan yang menjadi juara pada karnival tahun ini ialah pasukan Rumah Biru. Tahniah kepada semua peserta.

Karnival sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.45 tengah hari. 

" IJOK Gemilang ke Hadapan".




#TeamIjok




Comments

Paling Popular