PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 5 DAN 6

 


Pada 27-29 Januari yang lalu, Unit Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Ijok diketuai oleh Cikgu Andy Roy telah mengadakan lawatan ke Bandaraya Kuching. Lawatan ini disertai oleh 13 orang murid tahun lima dan enam dan diiringi oleh tujuh orang guru dan seorang PPM asrama. Tujuan lawatan ini diadakan untuk :

1. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid dengan tempat-tempat yang menarik di Kuching,

2. Mewujudkan memori dan kenangan sewaktu bersekolah,

3. Memupuk dan memantapkan semangat kerjasama, setia kawan dan toleransi dalam kalangan guru, AKP, ibu-bapa dan murid di SK Ijok.        

Antara destinasi yang telah dikunjungi ialah:

1. DUN Sarawak,

2. Kampung Budaya Sarawak

3. Muzium Budaya Borneo

4. Kuching Waterfront/ Jambatan Darul Hana

5. Viva City Megamall

6. Jong Crocodile Farm


Di hadapan DUN Sarawak.

Bergambar setelah mendengar penerangan daripada pegawai bertugas.

Pemandangan Sungai Sarawak dari tingkat 9 DUN Sarawak.

Pemandangan DUN Sarawak pada waktu malam.

Raon-raon Waterfront.

Di atas Jambatan Darul Hana.

Bersantai di Pantai Damai.

Di Kampung Budaya Sarawak.

Melintasi jambatan buluh.

Gayat jugak.

Boleh cuba menyumpit.

Ada kuih-kuih tradisional yang dimasak di dalam rumah-rumah kaum.

Terabai dan....

Lukisan yang sangat halus dan berseni.

Gambar di rumah Orang Ulu.

Rumah Melanau.

Ada lukisan gaya orang dulu-dulu.

Pertunjukan gasing,pengunjung boleh cuba jugak.

Posing sikit la.

Ada persembahan semua kaum. Layan jugak bunyi petikan sape tu, asyikkk.

Ni persembahat orang Iban.

Ni Melanau, bukan biasa-biasa.

Ni Melayu dan orang ulu.

Nak balik dah.

Dihadapan pintu gerbang sebelum pulang.

Seterusnya di Muzium Budaya Borneo, tapi tulah, lupa nak ambil gambar banyak kat sini.

Replika barang dulu-dulu.

Sudut interaktif.

Hands on learning.

Malam tu kami pergi membeli belah di Vivacity Megamall. 
Tengok-tengok baju.

Tengok-tengok kasut.

Beli buku dua tiga naskah.

Tak cukup, tambah lagi senaskah.

Esoknya kami pergi Jong Crocodile Farm.

 Walaupun namanya taman buaya, tapi banyak haiwan-haiwan lain juga,
 seperti kambing, kera, ikan, itik dan macam-macam lagi lah.

Kita tengok buaya, buaya tengok kita, 
dua insan saling pandang-memandang

Pukul 11.00 pagi ada acara bagi buaya makan. 
Bukan main berselera sekali mereka makan. Sambil tengok dia makan, kami makan aiskrim.


Semasa lawatan selama 3 hari 2 malam ini, kami semua telah menginap di Arena Guesthouse yang terletak di BDC. Program ini tamat pada jam 1630 apabila semua murid telah selamat tiba di perkarangan sekolah. Terima kasih kepada Guru Besar, guru-guru, AKP dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Syukur kerana program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

















Comments

Paling Popular