Berita oleh Cikgu Muhamad Shafiq. 15 Februari 2023 06:00 pm
LUBOK ANTU – SK Ijok di sini telah berjaya
mengadakan program Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah pada. Majlis
Apresiasi Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah di sekolah ini disambut
tiap-tiap tahun dengan sokongan berterusan daripada semua murid, guru-guru, ibu
bapa dan bekas murid untuk meraikan murid-murid yang mendapat kecemerlangan
dalam akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum sekolah ini. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, Ketua Balai Polis Lubok Antu, PPS Sekolah Korperal Ablin Dublin, Timbalan PPD Lubok Antu, Sektor Perancangan dan juga Tuai-tuai rumah.
 |
| Tetamu jemputan |
 |
Ucapan aluan YDP PIBG En. Keneddy
|
 |
| Ucapan Guru Besar |
Menurut Guru Besar, Encik Harry Anak Galau,
program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang
cemerlang dalam bidang akademik, HEM dan juga kokurikulum di samping memberi galakan
dan contoh kepada murid-murid lain berusaha dengan lebih gigih. Sempena
perjumpaan ibu bapa, murid-murid dengan pihak sekolah seperti guru-guru dan
guru besar, pihak sekolah berharap ibu bapa yang memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan dan tumbesaran anak-anak mereka turut memberi cadangan dan
pendapat untuk memperbaiki sistem pendidikan sekolah demi masa depan anak-anak
mereka.
 |
| Ucapan wakil dari PPDLA |
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan PPD
Lubok Antu, Sektor Perancangan Encik Wat anak Dugat. Dalam ucapan perasmiannya, beliau
melahirkan rasa bangga atas pencapaian murid-murid dalam semua bidang. Selain itu beliau juga menaruh kepercayaan kepada semua staff
SK IJOK terutamanya guru-guru dalam mendidik murid-murid SK Ijok. Beliau turut
memuji kepimpinan Guru Besar kerana berjaya menguruskan sekolah dengan tersusun
dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.
 |
| Sijil graduasi Prasekolah |
 |
| Anugerah Khas |
 |
Anugerah Khas
|
 |
| Anugerah Khas |
Seterusnya,majlis diteruskan dengan penyampaian
hadiah dan sijil kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, HEM
dan kokurikulum. Pada sesi persekolahan
2022/2023 ANUGERAH KHAS MURID diberikan kepada Aleejah Alyiah, Torento Terio
dan Esther Errica Ebah atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, sahsiah
dan kokurikulum. Selain itu disampaikan sijil tamat belajar untuk murid tahun 6 dan sijil penghargaan untuk guru dan pegawai bimbingan Kokurikulum.
Bagi menjana sumber kewangan untuk tabung
PIBG, pihak sekolah turut membuat jualan makanan dan juga minuman untuk
santapan semua para hadirin.
Majis ini telah diserikan lagi dengan
persembahan kebudayaan seperti tarian joget, nyanyian, bacaan sajak dan sketsa.
Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu. Persembahan
sketsa oleh murid-murid tahun enam, mengimbau perjalanan, kenangan sepanjang
mereka disekolah mengalirkan air mata sebahagian penonton.
 |
| Bacaan sajak : Akhir dan Sebuah Awal ( video di You Tube) |
Sketsa : Kenangan yang Lama Ku Tinggalkan
 |
Persembahan joget Prasekolah
|
Bagi menghargai semua kehadiran para hadirin,
cabutan tiket bertuah yang menyajikan pelbagai hadiah berupa hamper turut
disediakan. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul
1200 tengah hari.
Comments
Post a Comment