HARI SUKAN NEGARA ( HSN2022 )
Dengan tujuan dan fokus utama bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya maka dilihat tahun ini merupakan titik tolak kembalinya kemeriahan sambutan HSN2022.
HARI SUKAN NEGARA pada tahun ini diadakan serentak di seluruh negara bermua 7-9 Oktober. Sekolah kami mengambil tarikh 7 Oktober untuk mengadakan sambutan di peringkat sekolah.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai membasahi bumi, Guru Penolong Kanan KoKurikulum Cikgu Andy Roy membuka majlis dan menjemput Guru Besar Cikgu Harry untuk memberika ucapan perasmian. Guru Besar menegaskan kepentingan bersukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Seterusnya aktiviti bermula dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Muhamad Shafiq. Semua murid, guru-guru serta AKP melakukan gerakan mengikut lagu SATU MURID SATU SUKAN dan MALAYSIA CERGAS. Wah,bersemangat sekali semua para hadirin bersenam.
Seterusnya Cikgu Valnessa dan murid yang dilatihnya ke atas pentas bagi meneruskan aktiviti senamrobik mengikut lagu. Begitu seronok dan riuh sekali suasana di dewan terbuka sekolah kami.
Cikgu Elvia meneruskan aktiviti HARI SUKAN NEGARA dengan sedikit aktiviti sukaneka. Aktiviti 'Pijak Belon di Kaki Kawan' dan 'Orang Buta Mengumpul Belon' menggamatkan lagi suasana pagi hari ini.
Begitulah sedikit coretan HARI SUKAN NEGARA peringkat sekolah kami.








Comments
Post a Comment