KARNIVAL PEMULIHAN KHAS DAERAH LUBOK ANTU 2022
Kelmarin dua orang wakil murid dari SK Ijok telah menyertai Karnival Pemulihan Khas Daerah Lubok Antu yang telah diadakan di SK Sebangki.
Karnival ini disertai oleh murid-murid pemulihan
khas iaitu murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M (MEMBACA ,MENULIS DAN MENGIRA) khususnya
sekolah-sekolah rendah di daerah Lubok Antu.
Faris dan Fernando telah diiringi oleh guru
pemulihan iaitu Cikgu Valnessa telah tiba disana seawal jam 8 pagi.
Mereka menyertai pentandingan berkenaan dengan bidang literasi dan numerasi seperti Pertandingan Menyusun Ayat dan Pertandingan Tambah.
Karnival tamat pada jam 5 petang.
Semoga dengan penyertaan mereka berdua ini dapat
menyuntik semangat murid-murid pemulihan untuk terus berusaha meningkatkan
kemampuan mereka dan seterusnya meminimumkan kelemahan murid-murid dalam
penguasaan kemahiran 3M.










Comments
Post a Comment