SESI LIBAT URUS PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Satu sesi taklimat telah diadakan bersama ibu bapa / penjaga bagi menyampaikan maklumat berkenaan dengan kaedah guru-guru menilai pencapaian murid-murid di sekolah ini.
Ianya diadakan pada :
Tarikh : 17 Ogos 2022
Hari : Rabu
Tempat : Kelas Tahun 6
Taklimat ini telah disampaikan oleh para pentadbir supaya semua ibu bapa / penjaga mengetahui dengan jelas, mekanisma dan instrumen penilaian yang digunakan bagi meletakkan tahap pencapaian (TP) untuk setiap murid.
Ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia tidak lagi menggunakan kaedah peperiksaan seperti sebelum ini untuk murid-murid di sekolah rendah. Contohnya peperiksaan UPSR telah dimansuhkan dan digantikan dengan PBS.
Berikut adalah bingkisan gambar sewaktu majlis berlangsung.




Comments
Post a Comment