Sambutan Hari Guru & Hari Raya

   Pada hari isnin, 19 Mei 2022, SK Ijok telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan Hari Raya. Sambutan tersebut diadakan di dewan serbaguna sekolah dan padang sekolah. 

   Semua murid dan guru telah berkumpul di dewan pada jam 8.00 pagi. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ugong dan Cikgu Rosyatima. 

   Majlis dimulai dengan para pentadbir membawa masuk nyalaan lilin ke dewan serbaguna sebagai simbolik peranan guru-guru dalam menyampaikan ilmu dalam membentuk kemenjadian murid. 

   Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku dan bacaan doa. Kemudian Guru Besar menyampaikan ucapan persmian disusuli dengan bacaan perutusan hari guru oleh Cikgu Valnessa dan Cikgu Andy Peter.


   Sejerus selepas itu, bacaan ikrar hari guru yang diketuai oleh Cikgu Christie Wira dan majlis digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema hari guru dan lagu "Kami Guru Malaysia". Boleh tahan sedap suara cikgu-cikgu ni. Murid murid juga tidak ketinggalan dalam membuat persembahan pantun dan nyanyian.


   Kemudian, Guru Besar bersama guru-guru ke atas pentas bagi acara memotong kek, dapatlah merasa sorang sikit kek tu ha. Seperti yang dijanjikan guru-guru, AKP dan pekerja swasta telah membeli hadiah untuk sesi pertukaran hadiah. Canggih-canggih betul semua hadiah tu. Murid-murid juga mengambil peluang untuk memberi hadiah kepada guru-guru pilihan mereka. 😁











   Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 10.00 pagi. Guru-guru dan murid-murid menyertai pelbagai acara seperti isi air dalam botol, membawa bola ping-pong, piramid cawan, owsom dan acara yang paling meriah ialah acara tarik tali.



Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul kembali ke dewan bagi majlis penyampaian hadiah sukaneka. Tahniah kepada rumah Biru kerana telah mendapat tempat pertama keseluruhan. 


   Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.00 dengan acara jamuan makan untuk semua hadirin.





"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA".




Comments

Paling Popular