PERTANDINGAN MERENTAS DESA SK IJOK 2022
Pertandingan
Merentas Desa merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di SK Ijok. Aktiviti ini
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti
ini anjuran bersama Kelab Olahraga dan Unit Kokurikulum SK Ijok pada hari
Jumaat 20 Mei 2022 yang lalu.
Objektif
utama aktiviti ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi dalam sukan olahraga untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi iaitu
untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Merentas Desa ke Peringkat Zon
Engkilili Tahun 2022 nanti. Pada tahun ini, aktiviti ini melibatkan semua murid
SK Ijok dari tahun 2 hingga tahun 6 sahaja, manakala tiada penyertaan daripada
murid-murid tahun 1.
Semua
beserta berkumpul di dewan serbaguna sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Acara
bermula dengan taklimat pertandingan dan keselamatan kepada semua peserta yang
mengambil bahagian yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Cikgu
Andy Roy. Kemudiannya disusuli dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai
oleh guru penasihat Kelab Olahraga SK Ijok iaitu Cikgu Muhamad Shafiq.
Seterusnya,
semua murid-murid berkumpul di hadapan pintu masuk sekolah bagi mengikuti pertandingan
dan pada jam 7.50 pagi, acara dimulakan dengan Guru Besar Cikgu Harry bertindak
sebagai pelepas para peserta. Para peserta perlu menghabiskan larian kira-kira
2.7 kilometer bermula dan berakhir di hadapan pintu masuk SK Ijok. Seramai 31
orang peserta mengambil bahagian dan acara tamat sejam kemudian. Minuman dan
makanan ringan turut disediakan oleh pihak penganjur kepada semua peserta.
Pada jam 9.00 pagi, majlis diteruskan di dewan serbaguna sekolah. Bagi menghargai kesemua peserta, penganjur telah mengadakan aktiviti cabutan bertuah. Murid-murid yang bertuah menerima hadiah berupa wang tunai. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandinan merentas desa. Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada tiga peserta terpantas bagi setiap kelas. Peserta terpantas kali ini ialah Fernardo Torees dari kelas tahun 6. Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah.
Aktiviti
bersurai pada jam 9.45 pagi. Secara keseluruhannya, pertandingan merentas desa
pada kali ini berjalan lancar mengikut perancangan yang telah disusun atur oleh
pihak penganjur. Diharapkan aktiviti
seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dengan perancangan dan
pelaksanaan yang lebih baik.
























Comments
Post a Comment