SEJARAH PENUBUHAN



Pada awal tahun 1960, hasil daripada perbincangan penduduk setempat tentang keperluan sebuah sekolah untuk mendidik anak-anak, maka IJOK VILLAGE SCHOOL telah dibuka. 

Lokasinya dipinggir sungai Batang Lupar yang menjadi laluan perjalanan penduduk untuk bergerak. Pada awal pembinaan, sekolah ini dibina menggunakan kayu-kayan yang diambil dari hutan di kawasan berdekatan. Tiangnya daripada kayu “jinggau”, dinding dan lantainya daripada buluh betung manakala atapnya daripada daun nipah. Pada masa itu, murid-murid yang bersekolah disini diambil tidak mengira umur dan jumlahnya juga tidak begitu ramai.

Pada tahun 1967, nama Ijok Village School ditukar nama kepada IJOK FULL PRIMARY SCHOOL. Bangunannya telah dibaik pulih. Atap sekolah ditukar kepada zink,dinding dan lantai ditukar kepada papan. Warga sekolah telah bekerjasama untuk mengecat bangunan sekolah dengan tanah yang berwarna kekuningan yang dicampur dengan air. Pada ketika itu juga murid-murid yang dihantar ke sekolah semakin bertambah dan mengikut umur yang disarankan.

Dari setahun ke setahun, pembangunan semakin maju dan murid sekolah ini semakin bertambah. Bangunan rumah guru ditambah dan dibina secara gotong-royong. Cat bangunan juga telah menggunakan cat sebenar dan tidak lagi menggunakan tanah liat. Nama sekolah juga telah bertukar kepada SEKOLAH KEBANGSAAN IJOK.

Bermula dari tahun 2006, kemudahan infrastruktur seperti rumah guru telah ditambah baik, dewan terbuka,bangunan prasekolah, blok pentadbiran telah dibina dan sistem janakuasa elektrik yang baru dan berkuasa tinggi telah digunakan.

"Kapal berlabuh untuk menurunkan bahan-bahan pembinaan." 
"Simbolik majlis pecah tanah."
"Simbolik majlis pecah tanah."

"Makan minum jangan dilupa"
😁

Pada 17 April 2018, satu majlis pecah tanah telah berlangsung. Majlis ini sempena bermulanya pembinaan bangunan kelas yang lebih selesa dan kondusif.
    Majlis penyerahan bangunan telah berlangsung pada 13 Disember 2019 menandakan selesainya pembinaan dan bangunan kelas yang baru boleh digunakan untuk sesi persekolahan bermula Januari tahun 2020.

"Bangunan kelas yang baru"

"Bangunan kelas yang baru"




Comments

Paling Popular